Rupanya Kita Kena Kencing Ulat Resdung Keluar Daripada Muka

Rupanya Kita Kena Kencing Ulat Resdung Keluar Daripada Muka - Hallo sahabat Tongkrongan Ghaul, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rupanya Kita Kena Kencing Ulat Resdung Keluar Daripada Muka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Ilmiah, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rupanya Kita Kena Kencing Ulat Resdung Keluar Daripada Muka
link : Rupanya Kita Kena Kencing Ulat Resdung Keluar Daripada Muka

Baca juga


Rupanya Kita Kena Kencing Ulat Resdung Keluar Daripada Muka

Baru-baru ini telah viral cara rawatan untuk mengeluarkan ulat Resdung daripada muka. Dikatakan Ulat Resdung merupakan salah punca seseorang itu menghidapi masalah resdung seperti gatal hidung, selalu bersin, muka berjerawat dan sebagainya

Rupanya Kita Kena Kencing Ulat Resdung Keluar Daripada Muka

Caranya mudah iaitu menggunakan limau nipis dan daun pandan sahaja. Sebatian yang terhasil daripada bahan-bahan tersebut dikatakan mampu mengeluarkan ulat resdung yang terdapat di dalam kulit muka.

Ulat Resdung Keluar Daripada Muka? Kita Kena Kencing Lagi
Cara rawatan yang dikatakan mampu mengeluarkan ulat resdung daripada kulit muka

Disini saya ingin beritahu bahawa rawatan yang sebenar untuk seolah2 mengeluarkan ulat resdung itu bukanlah seperti yang diviralkan seperti dalam post. Rawatan yang sebenar adalah dengan menggunakan lipas tanah.

Jika dilihat daripada carian di dalam youtube dan google, anda boleh menemukan banyak rawatan yang seolah2 mengeluarkan ulat tersebut dan ia menggunakan lipas tanah

Ingin saya beritahu bahawa ulat tersebut sebenarnya daripada dalam badan lipas itu sendiri. Bukan daripada kulit muka pesakit.

Guna lipas. Bukan guna daun pandan dan limau nipis

Cara rawatan yang sebenar adalah menggunakan lipas tanah dan IA telah dimulakan beberapa tahun dahulu oleh orang-orang kampung.

Ketika rawatan dibuat, badan lipas akan dipotong supaya nampak isi dalamnya. Isi badan lipas inilah yang disapu diatas muka pesakit untuk tujuan perubatan.

Ulat kecil yang kelihatan pada muka pesakit dikatakan berasal daripada dalam kulit muka. Ia dipanggil sebagai ulat resdung

Pesakit pun balik dengan perasaan gembira sebab ulat resdung telah dikeluarkan

Badan lipas yang digunakan dlm ‘rawatan’ tersebut

Ulat Resdung Keluar Daripada Muka? Kita Kena Kencing Lagi

Lipas merupakan perumah bagi pelbagai jenis parasit

Tahukah anda bahawa lipas merupakan salah satu serangga yang membawa pelbagai jenis parasit termasuk virus, bakteria dan kulat(fungi).

Satu kajian mengenai lipas telah dibuat di Africa. Ia melibatkan 6000 lebih ekor lipas. Pemeriksaan telah dijalankan pada organ-organ serta sistem pencernaan lipas-lipas tersebut dan mendapati wujudnya parasit seperti cacing Trichuris trichiura, Taenia spp. dan Ascaris lumbricoides. Bukan itu sahaja ia juga mempunyai pelbagai parasit yang lain.

Oleh itu, jika anda sapukan bahagian dalam lipas itu pada permukaan dinding sekalipun, ia masih akan mengeluarkan cacing-cacing tersebut.

Lipas tanah selalu digunakan bagi tujuan rawatan seperti ini

Resdung

Orang Melayu selalu mengaitkan penyakit resdung ini dengan berbagai perkara. Ada yang kata ada hama dalam kulit muka. Tak lupa juga mengatakan wujudnya ulat resdung di dalam muka.

Semua perkara ini adalah sesuatu yang salah.

Dalam istilah perubatan, resdung juga dikenali sebagai Allergic Rhinitis. Ia merupakan salah satu jenis masalah alahan(allergy) sama seperti penyakit eczema dan asma. Jika pesakit terkena sesuatu yang dia alah padanya, maka dia akan mendapat simptom-simptom tersebut

Pesakit ini mempunyai 4 simptom yang selalu dihadapi oleh mereka iaitu:

– Hidung sumbat
– Gatal hidung
– Selalu bersin
– Selalu selsema

Ulat Resdung Keluar Daripada Muka? Kita Kena Kencing Lagi

Rawatan

Rawatan yang paling utama bagi penghidap penyakit ini adalah mengelakkan diri daripada benda yang menyebabkan allergic rhinitis itu berlaku. Anda boleh melakukan perkara-perkara seperti ini:

  • Elakkan daripada terdedah pada habuk
  • Elakkan bermain selalu dengan haiwan perliharaan. Jika bermain, basuh tangan selepas itu
  • Selalu mengemas rumah supaya rumah tidak berdebu
  • Gunakan tikar ataupun karpet yang tidak memerangkap habuk
  • Jika simptom resdung berlaku, sila berjumpa mana-mana perawat kesihatan. Selalunya jika simptom resdung sangat kerap berlaku, pesakit akan dirujuk pada pakar otolaryngology.


Bahan yang menyebabkan alahan perlu cuba untuk dielakkan

Kesimpulan

Cara rawatan resdung yang menggunkan Lipas tanah tidaklah mengeluarkan ulat resdung ataupun menyembuhkan resdung. Malah ia meletakkan risiko orang yang menggunakan rawatan tersebut dijangkiti parasit dan bakteria yang saya katakan di atas.

Selain itu, cara rawatan yang asal iaitu menggunakan limau nipis dan daun pandan juga belum lagi dibuktikan keberkesanannya. Cara yang paling tepat adalah berjumpa dengan ahli yang tahu berkenaan rawatan Resdung(Allergic Rhinitis) iaitu doktor. - Root of Science


Demikianlah Artikel Rupanya Kita Kena Kencing Ulat Resdung Keluar Daripada Muka

Sekianlah artikel Rupanya Kita Kena Kencing Ulat Resdung Keluar Daripada Muka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rupanya Kita Kena Kencing Ulat Resdung Keluar Daripada Muka dengan alamat link http://blogtongkronganghaul.blogspot.com/2016/12/rupanya-kita-kena-kencing-ulat-resdung.html

0 Response to "Rupanya Kita Kena Kencing Ulat Resdung Keluar Daripada Muka"

Posting Komentar